Blogger Template by Blogcrowds

Di dalam hidup manusia, yang penting adalah BERKAT ..

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat ..
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam jamur.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam jamur, ketika itu manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia sudah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin maukaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua hendak mati lambat, tak dapat minum madu telan minyak insektisida.

Yang lelaki, anak muda pakai celana ketat.
Semua hendak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali spatu dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat ..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai baju yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, PSK lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pikat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat ..
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, itu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat, Marilah kita pakat mengingat, Bahwa dunia hari ini makin singkat, Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa itu, sendiri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat ...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat ...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat ...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat ...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

Sebarkanlah ini kepada anggota keluarga, saudara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi.

6 Comments:

  1. otc said...
    informasi yang cukup menyentuh hati serta memotivasi diri kita kawan
    otc said...
    informasi yang menyentuh hati serta memotivasi kita
    how much you know said...
    hello, mohon dukungan temen2 blogger vote blog ku untuk menang award, hadiahnya 100% di sumbangkan di website itu sendiri untuk mensupport ‘FIGHT GLOBAL HUNGER’ program. mohon dukungannya pls visit my blog for more details. thank you.
    *by RichaRie*
    Miawruu said...
    Wah... tumben bermelayu Ria bahasanya. Pandai banget nyari kata2 yg akhiran AT nya. Cuma di akhir pragarafnya, napa ga At lagi hahahahaha...

    MET TAUN BARU YA DAOKT^^ hope this year more better than last year
    Johnson Manurung said...
    suatu renungan awal tahun yang sangat bermanfaat.
    Thanks sobat atas pencerahannya
    Ambar said...
    halo.. maap baru bisa balas kunjungannya.. selamat tahun baru 2010 ya.. sukses!!

Post a Comment



Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda