Blogger Template by Blogcrowds

Menyatukan hati manusia bukanlah kerja mudah melainkan dengan ikhtiar yang bersungguh-sungguh dan doa berterusan supaya semangat serta perasaan kasih sayang tidak hilang daripada hati setiap anggota masyarakat.
Allah berfirman bermaksud: "Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
(Surah al-Hujurat, ayat 10)

orang yang bijak akan melihat masalah sebagai jembatan yang menghubungkan kepada kebaikan. Bila melihat masalah sebagai masalah, akan kekal tenggelam dalam kemiskinan dan masalah itu sendiri

Halal dan haram bukan perkara ringan dan main2. Ia sangat serius dan perlu diberi perhatian yang sangat serius. Walau ada setitik haram di lautan halal, ia boleh merusakkan dan mengubah sifat halal. Hanya fokus kepada halal. Lebih baik berhati-hati dari menyesal di kemudian hari

Kalau makhluk lain yang daif seperti semut, anai2 sentiasa mengamalkan kerjasama, mengapa agaknya kita manusia yang sempurna, serba hebat ini sentiasa enggan berkerjasama. Salah satu sebab mengapa Allah SWT menjadikan manusia begitu ramai adalah untuk berkerjasama perkara kebaikan

Posting Lebih Baru Posting Lama Beranda